Banjir Banjir



Assalamualaikum

Do you know? Malaysia is having flash flood season nowadays. *Bajet reporter mat saleh* So, banyaklah kejadian banjir yg berlaku kan? Untuk pengetahuan org yg still duduk bawah tempurung tu. Kemaman Terengganu lah yg menghadapi kejadian alam in paling teruk sekali. Nak tahu lebih lanjut? Meh duduk bace meh. Rugi nanti.  :3

Kemaman, Terengganu merupakan Daerah..  Hokay, tak perlu semua tu. Ekceli, Aku pun stay Kemaman. Tp, Alhamdulillah sbb rumah aku bebas daripada banjir. Siapa yg tinggal kat Bandar baru Bukit Mentok tu teramatlah kesian. Air paras dada woo. Nak tolong, aku takde bot. Hehe  *ChickenFace*

Dan yg paling aku terkejut double WOW tu sbb satu SMC (Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai) Tenggelam. Not tenggelam habis. Budak-2 duk suka sgt main air kat situ. Tapi aku.. Aku? Double sorry kalau aku nak main air keruh macam Teh ais tu. Tetapi kekadang nampak juga nikmat bersuka ria ketika main waterpark percuma tu. Hmmm

Bahagian kampung Arwah Atuk dan Nenek aku pulak banjir bukan main besar tahap gaban. Dok nahan eden nengok eh. Hahaha Kasi Jawa sikit. Eh!? Jawa ke tu? Haha. Okay, Banyak rumah yg tenggelam kat situ. Termasuklah rumah arwah Atuk dan Nenek aku. Entahlah kubur diorang macam mana kan. Sedih tahu? Mak saudara aku pulak dh terkepung takley nak kluar dari situ. Kesian k kesian. 

Dan yang paling menyayat hati apabila banyak kematian yg berlaku. Mereka berusia lebih kurang mcm akulah. Sbb tu aku tak rela mana nak main air banjir ni. Meh nak kongsi berita sedih sikit. Kejadian berlaku kat kampung Tempurung tak silap aku, Seorang budak sebaya aku meninggal sbb terkena renjatan elektrik. Dia bukan suka-2 nak main air banjir ni tp dia berusaha untuk menolak ibunya ke dalam bot bg selamatkan diri. Pabila sampai giliran dia entah macam mana, arus eletrik terkena pulak dia. Maklumlah, air kan sensitif ngan elektrik ni. Walaupun ibunya cuba untuk selamatkan dia tp dia tolak-2 jugak ibu dia tu takyah tolong dia. Tengok! Betapa mulianya hati seorang anak kepada ibunya. Harap syurga menanti mu wahai sahabat. :')

Oh satu lagi, Kejadian banjir ini semua bukanlah disebabkan hujan lebat semata-mata. tp disebabkan perlepasan air dari empangan mana entah. Kami dimaklumkan kalau air dalam empangan tu tak dilepaskan. Empangan itu kemungkinan pecah dan akan menyebabkan Banjir yang lebih besar lagi. Mohon dijauhkan. Amin.

So, itu sahaja untuk dikongsikan hari ini. Mungkin kita akan berjumpa lg di tahun hadapan. Ya, selamat tahun baru ya readers sekalian. Mohon maaf jika ada tersilap bahasa sepanjang menulis blog pada tahun 2012 ini. Maybe tahun 2013 akan lebih baik. InsyaAllah. So, Assalamualaikum. :)


Mohon pemakaian kasut ini berkuatkuasa demi mencegah kejadian yg tidak diingini sepanjang musim banjir ini. Hehe.  :P




Thanks for reading. Do follow and comment :)