Banjir Banjir



Assalamualaikum

Do you know? Malaysia is having flash flood season nowadays. *Bajet reporter mat saleh* So, banyaklah kejadian banjir yg berlaku kan? Untuk pengetahuan org yg still duduk bawah tempurung tu. Kemaman Terengganu lah yg menghadapi kejadian alam in paling teruk sekali. Nak tahu lebih lanjut? Meh duduk bace meh. Rugi nanti.  :3

Kemaman, Terengganu merupakan Daerah..  Hokay, tak perlu semua tu. Ekceli, Aku pun stay Kemaman. Tp, Alhamdulillah sbb rumah aku bebas daripada banjir. Siapa yg tinggal kat Bandar baru Bukit Mentok tu teramatlah kesian. Air paras dada woo. Nak tolong, aku takde bot. Hehe  *ChickenFace*

Dan yg paling aku terkejut double WOW tu sbb satu SMC (Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai) Tenggelam. Not tenggelam habis. Budak-2 duk suka sgt main air kat situ. Tapi aku.. Aku? Double sorry kalau aku nak main air keruh macam Teh ais tu. Tetapi kekadang nampak juga nikmat bersuka ria ketika main waterpark percuma tu. Hmmm

Bahagian kampung Arwah Atuk dan Nenek aku pulak banjir bukan main besar tahap gaban. Dok nahan eden nengok eh. Hahaha Kasi Jawa sikit. Eh!? Jawa ke tu? Haha. Okay, Banyak rumah yg tenggelam kat situ. Termasuklah rumah arwah Atuk dan Nenek aku. Entahlah kubur diorang macam mana kan. Sedih tahu? Mak saudara aku pulak dh terkepung takley nak kluar dari situ. Kesian k kesian. 

Dan yang paling menyayat hati apabila banyak kematian yg berlaku. Mereka berusia lebih kurang mcm akulah. Sbb tu aku tak rela mana nak main air banjir ni. Meh nak kongsi berita sedih sikit. Kejadian berlaku kat kampung Tempurung tak silap aku, Seorang budak sebaya aku meninggal sbb terkena renjatan elektrik. Dia bukan suka-2 nak main air banjir ni tp dia berusaha untuk menolak ibunya ke dalam bot bg selamatkan diri. Pabila sampai giliran dia entah macam mana, arus eletrik terkena pulak dia. Maklumlah, air kan sensitif ngan elektrik ni. Walaupun ibunya cuba untuk selamatkan dia tp dia tolak-2 jugak ibu dia tu takyah tolong dia. Tengok! Betapa mulianya hati seorang anak kepada ibunya. Harap syurga menanti mu wahai sahabat. :')

Oh satu lagi, Kejadian banjir ini semua bukanlah disebabkan hujan lebat semata-mata. tp disebabkan perlepasan air dari empangan mana entah. Kami dimaklumkan kalau air dalam empangan tu tak dilepaskan. Empangan itu kemungkinan pecah dan akan menyebabkan Banjir yang lebih besar lagi. Mohon dijauhkan. Amin.

So, itu sahaja untuk dikongsikan hari ini. Mungkin kita akan berjumpa lg di tahun hadapan. Ya, selamat tahun baru ya readers sekalian. Mohon maaf jika ada tersilap bahasa sepanjang menulis blog pada tahun 2012 ini. Maybe tahun 2013 akan lebih baik. InsyaAllah. So, Assalamualaikum. :)


Mohon pemakaian kasut ini berkuatkuasa demi mencegah kejadian yg tidak diingini sepanjang musim banjir ini. Hehe.  :P




Thanks for reading. Do follow and comment :)

Bidan Terjun



Assalamualaikum

Di petang yang indah ini aku ingin bercerita sesuatu dgn readers sekalian. Hambooih! Ayat mcm budak darjah satu buat karangan SPM. Ok, kita bercerita secara santai ok? Since aku tengok pageviews aku semakin menurun, aku terpaksa untuk memaksa jari-jariku menari di atas keyboard ni. Walaupun idea membeku dek hujan yg turun tanpa henti. Ok, satu perenggan aku membobek tak tentu hala. Hmmm

Bermula dgn soalan pertama. Korang pandai memasak? Khas ditujukan kepada cik akak yg belum bersuami. Kalau stkat masak air cucu aku pun pandai. Eh?! Okok, Aku yg sibuk hal org ni, aku pandai ke masak? Ekceli aku pandai masak fast food je. Mohon jgn bash aku. Hahah, fast food semua pandai an? Tp aku ada daya kreativiti tahu? Cara aku hidangkan makanan tu ala-2 chef 10 Bintang. Aku tak hambik ekonomi rumah tangga hokay! Tu khas untuk pompuan ayu mcm readers blog ni je. Ye awak yg tgh baca ni. Sweet tak? Auuw  Haha  :3

Tujuan aku buat entry ni hanyalah semata-mata untuk menunjukkan betapa kreatifnya aku menghias makanan. Tengok entry cik Leeya mcm nak bersaing pulak. Haha, maaf Leeya, masakan aku lebih sedap.  So, jom kita tengok apa yg aku dah masak. 



Masakan pertama : Sardine tortilla.

Haa! Sedap kan? Mohon lap air liur anda semua. Hehe. Tajuk tu aku main hentam je. Apa? nak resepi? *Kesian, cakap sorang-2*  Nah amik salin.  :3

Sardines Tortilla
Bahan-bahan:
  • Sebungkus tortilla wrap
  • Semangkuk sardin yg dah dihancurkan.
  • Timun dan salad
  • Mayonis
  • Pemanggang
Cara-cara:
  • Hambik sekeping tortilla wrap.
  • Letak bahan-bahan seperti sardin, timun dan salad.
  • Kalau ada cheese lg okay.
  • Lepastu picit mayonis kuat-kuat.
  • Lepastu korang balut dan gulung cantik dan kemas.
  • Lepastu korang bakarlah. Jgn sampai hangit pulak.
  • Dah siap. Boleh dihidangkan. :)
Ada ciri-2 chef tak? Hahah! Itu resepi sendiri okay?  Hehe



Yg ni, Korang just campak je mana-2 bahan dgn aiskrim tu. Sedap jugak okay. 



So, sekian ini sahaja untuk entry kali ni. Semoga berjumpa lg di lain hari. Jgn lupa, ada berapa hari je nak sekolah. Selamat bersekolah okay! Bye bye!  :)


Hahahaha, entry kali ni takde kena mengena kan dgn tajuk Bidan Terjun tu. Sama jugak dgn gambar yg mula-2 tu. Takda motif org cakap. Hahah, Hope korang enjoy blog ni dan jgn lupa klik button like tu hokay? Lenkali Chef Zik akan share resepi lain pulak hokay?




Thanks for reading. Do follow and comment :)

Saya comel ke?



Assalamualaikum

Okay, entry kali ni mcm agak sakai. Ekceli, mmg sakai pun. Tengok tajuk pun mcm nak muntah bunga sakura kan? Ermm, nak share jugaklah, ada segelintir manusia yg cerah penglihatannya kata aku ni comel. Mohon pergi jumpa doktor mata.

Ekceli aku bosan sebenarnya dan otak pun takde idea untuk dicurahkan. Kebiasaannya, idea aku ni mencurah-curah laju mengalahkan air terjun. Hambek ko Jemah! Since follower sedikit bertambah kena la update blog selalu kan? Am I right? *Tak selalu pun

Okay, kita rewind ke tajuk asal. Aku comel ke? Itu soalan cepu emas ataupun soalan mintak penampar? Both I guess! Haha, Tp aku tak comel pun. Merendah diri itu bagus. Tapi takdelah sampai tahap buruk cakebaboom, Sbb ciptaan Allah tiada satu pun yg buruk. Kan? Hope tak berbelit.  :3

Haaa! Ada sorang budak pompuan ni, Dia panggil aku Doraemon. Adakah saya sekiut Doraemon? Kembang kempis hidung saya menahan rasa prasan yg membuak-2. Doraemon tu pulak karton peberet aku tahu? So, mmg suke giler lah org panggil aku Doraemon. Adakah persamaan itu ada? Tadaaa!!


Doraemon original punya.



Doraemon cetak rompak cap Paris. :3


Ada persamaan? Ada kot. Muehehe. So, I hope you enjoy this post. Aku dah tak tahu nak membebel apa lg. So, Goodbye and Assalamualaikum. Kalau suka jgn lupa tekan butang like ni. Tak susah pun. Click je. Takde maknanya nak virus-2.  :)


 Satu lg, adik-adik jgn sesekali tiru abg dgn menconteng muka segala. Nanti tak pasai kena bash. Ini hanya untuk tontonan umum je kay. Tp, kalau nak buat juga suka hati kau la dik. Takkan conteng muka kena bash kan? Manusia zaman sekarang je takleh tengok org senang, I guess. Hmm  -_-



Thanks for reading. Do follow and comment :)

13.12.12 ♥




Assalamualaikum

Nampak tarikh tu? The best day ever! Cuma Tuhan je yg tahu perasaan aku masa hari tu. Reaksi aku sebijik mcm reaksi Cik Demi Lobato ni. ( Susah giler nak cari gambar ni. -_- ) Okay! Entry harini aku nak share sikit ngn korang pasal apa aku jd meroyan pada tarikh 13.12.12. Mohon jgn bosan.  >.<

Ekceli, tarikh tu semalam. Sedang aku asyik mengadap Twitter, aku terbaca lah tweet si Najwa Latif ni. So, aku anggap dia on twitter la. Aku pun usha twitter dia. Lepas nengok, terbeliak mata Mak Jemah. Dia duk sebok layan peminat dia. Aku yg Die hard fans ni pun apa lg. Asyik mention je lah. Aku pun tak harap sgt yg dia balas. Tengok saja kat follower dia. Hampir 600,000 woo. So, azam lepas ni, Jd artis youtube. Eleh! Mcm suara aku sedap dimakan kan? Meroyan je lebih.  :3

Okok! Back to our story, Aku pun pergilah ke dapur untuk mkn nasik. Aku sekarang biasa mkn nasik lewat. Bukan lewat malam! Tp agak lewat dari waktunya a.k.a lunch. Aku biasa lunch dlm pukul lima gituh. Biasanya masa tu org duk sibuk minum petang kan? Hikhok. Almaklumlah, kita jaga badan atau boleh diklasifikasikan sebagai diet. Aku dah mcm Doraemon dah. Isk Isk *Lap Air Mata* Eh? Dah jauh ke Paris aku duk melalut rupanya. Inilah aku, kalau melalut, No.1 ok. No challengers! *Jelir lidah sepanjang mungkin*

Back to our topic ( Again ), sesudahnya aku melantak nasik nasik sepinggan, aku pun pergi la balik mengadap lappy. *Patut kau gemuk cik Kiah oii.* After that, english sikit neh? Practice makes perfect. Cewaahh!  *Hantuk Kepala* Aku tengok notifications FB aku. Pastu layan FB dulu. Lepas layan FB la mnde tu berlaku. Hari yg paling bahagia aku. Nok 'Paling' ekceli. Ada lg yg paling bahagia ok. Nak tahu apa kebendanya yg special/bahagia tu? Jeng jeng jeng! 




Sayalah mamat paling mengada kat dunia. Org lain dpt reply tak heboh pun. Eh, suka hati akulah! Blog aku, ni artis peberet aku pulak tu. Bukan senang tahu? Mesti ko jeles an? Woo! Ko hado? Aku tak kesah kalau korang nak cakap aku Sakainya mamat ni. Euuw! ataupun Mesti admin yg balas tu. kau je yg perasan lebih. Sekali lagi aku ulang, aku tak kesah ok.  Sekian terima kasih. Tp, mmg sakai pun an? :3

So, itulah kisah bahagia aku semalam. Terharu tak? Terharu kan even ko tak faham apa yg aku merapu. Isk isk. Mohon faham ye readers sekalian. Tambahan, Hey! look, blog aku dah comel kan? *Perasantan* Dah tukar pun sikit-2. Header je tak tukar lg. Takpe-2, soon kay.  Satu lagi, aku tulis pepanjang ni ada ke yg nak baca? Sedih ace. Kena promote dgn gigih lg ni. InsyaAllah boleh. So, Assalamualaikum. bertemu di entry akan dtg. Bye!  :D

Doakan sahabatmu ini agar dapat keputusan cemerlang dlm PMR k. Doa anda sebagai sahabat amatlah dihargai. Hanya tinggal beberapa hari je lagi tahu? Kepada adik-2 yg akan baru melangkah ke sekolah rendah tahun depan. Jgn nangis tahu? Buat malu je. Hehe. Juga kepada batch 97' Goodlucks u olls. We can ok!  Amin.  :)





Thanks for reading. Do follow and comment :)

Luahan Hati Kecil



Assalamualaikum

Cun tak awek aku tu? K, perasan. Ermm,nak gitau yg hanya tinggal beberapa minggu je lg nak jejakkan kaki ke alam persekolahan. Serious tak sabar giler nak pergi sekolah dan lari dari percutian yg membosankan ini. Ekceli cecuti aku ni memang bosan tahap memonyet tahu? Org lain sebok pergi legoland, aku ni sebok dok ngadap lappy 24 jam. Naik kematu mata aku nengok mnde sama je.

Untuk semua pengetahuan semua batch 97', Ekceli, semua dah tahu. Aku je yg mengada tp takpelah! Blog aku, suka ati aku la. *Jelir Lidah* Okok, Kepada batch 97', 19.12.12 ni merupakan tarikh keramat kita tahu? Pada hari tu, kita akan ambek kita punya PMR result. Maigadd, dlm hati ni sekejap kecut kembang tahu? Memikirkan mcm mana result aku nanti. Hmm, Hope result aku cantek.

Kekadang aku teringin jugak nok naik pentas sbb nama aku diumumkan sebagai pelajar terbaik sekolah. Perasaan berdebar aku ni lebih teruk dari nak amik PMR haritu. Korang rasa aku boleh naik pentas tak? Tak naik pentas takpelah, Asal boleh dpt keputusan cemerlang yg boleh banggakan mak bapak aku. Teringat kata-2 bonda tercinta. "InsyaAllah anak emak boleh. Kalau anak mak buat yg terbaik, tentu hasilnya baik jugak. " 

Lepas korang tengok ayat tu mesti korang ckp aku anak mak kan? Eh memang! Korang yg mengata tu bukan anak mak ke? Ke anak bebadak? Ok, aku emo lebih. Bawakan PMR lah ni.  Isk isk, Okay, aku ni story mory lelebih ni ade ke yg sudi baca blog aku? Kekadang teringin jugak nak jd blogger seperti Ben Ashaari, Lyssa Faizureen dan Amalina Lee. Tu je yg aku tahu. Hehe! Hmm, kalu diteliti, pageviews aku ni dah semakin menurun. Anyone? ada tips menaikkan pageviews tak? <-- Mengada mamat  ni.  -_-

Huh! Dah puas kot melalut. Hope korang enjoylah blog aku yg kian bosan ini. Terasa ingin membuat perubahan lah pulak. Korang bg cadangan sikit nak buat warna pa? Dah feelin mcm tengah laut dah ni. Tengok-2 biru. Lepas tu rasa nak tukar header la pulak. Sesimple je kita nak. Tak nak heavy sangat. Cewaahh! cara aku ckp mengalahkan Rizman Ruzaini yg pereka fesyen tu. Okay, merapu. Kalau korang ada idea baru, share-2 la sikit ngn kita. Dah mati kutu ni berfikir. Ada ke? :3

Aku ingat nak buat Blog aku ni biru, hijau dan pink. Jd tak? Kita try kay, Ermm So, Disini kita berakhir untuk post kali ni. Dah tak tahu nak update apa. Berjumpa di post akan dtg. Do follow my blog and comment sometjing on my CBOX kay. Muaahh skali. Assalamualaikum.  :)


Hai! Muka berdebar kita.  :3



Thanks for reading. Do follow and comment :)

Welcome December


Assalamualaikum readers,

Dah lama kan aku tak update bog? Dah berhabuk haa! Fuh-2 *lap Habuk* Hehe. Okok, Sekarang dah masuk bulan DECEMBER *So, maknanya result PMR dah dekat. Maigadd, tak sedia lg nih. Korang agak-2 berapa ek result aku? Hope takde yg gagal. Kay STOP pasal PMR. Target? Aku taknak target ape-2 coz aku takut apa yg aku target tu tak dapat. Tsk Tsk  T.T

Bye-bye November, I will miss you bebeh. Ekceli, aku tak tahu nak update pasal apa? Otak tgh beku sekarang ni. Apa aku buat sekarang ni? Tak kerja ke? Eh eh! Aku kerja kay, Menternak lemak .See! Tu kerja kay, Nama pun menternak. Okay, tak lawak -_-

Aku sekarang ni sedang godek-2 cari blog-2 yg ohsem. Tp satu dua je. Tak tahu la sayang mcm mana nak cari blog yg entrynye ohsemm. Yg biasa aku godek Blog Kak Malina kita la. Entry dia mmg ohsemm VS kelakar giler even banyak entry yg kisahnya sgt menyeramkan. Tgh mlm pulak tu aku godek. Sejuk mak. (~..~)

Lepas tu, aku suka Blogwalking dekat blog Eijat Abdullah. Even blog dia boleh dikatakan broken malay *Sory bang hehe* Tp, blog dia mmg super duper triple kelakar. Sampai keluar air mata aku ni haa. Bukan sedih tp klakar. Hehe. Over tak? Kesah pulak kan? :PP

Ce korang teliti dkat blog aku ni. Banyak yg cacat tak? Banyak kan? Tp terima kasih kepada sifu-2 titew koz tolong bg tutorial. Semalam/tgh mlm aku godek blog kak Malina, Habis bnde aku selongkar. Ngeh-2! Lepastu nampak si Copycat yg dah menciplak idea kak Malina kita tu. Aku baca pon geram. Mohon manusia tu sedar kesalahan dia. *SenyumMewek*

Ermm.. Nak cite apa lg ek? Adakah korang dah bosan dgn bebelan mengarut ku ini? Mohon tidak. :3  Dah-2. Nak berhenti lah. Dah bosan menaip. Haa satu lg, Anyone yg ade/tahu tutorial rapatkan footer bg template simple bagitau hek. Nak buat kat blog kakak titew. Blog dia pon kite yg edit. Nak tengok? :3


Sekian saja untuk entry kali ni. Mohon enjoy even tak. :3  Assalamualaikum.  :)



Thanks for reading. Do follow and comment :)