Seandainya engkau tahu..



Assalamulaikum!

Salam maulidur Rasul buat kekawan blogger sekalian. Sesememangnya lama jugak aku tak mengupdate blog ni tp alhamdulillah belum berhabuk lg. Hahaha! Ekceli aku demam buat masa sekarang ni. Maybe sbb main hujan kot. Tak cukup dgn demam, tonsel aku pulak bengkak dan telinga aku bermasalah sedikit. Alhamdulillah kerana Allah masih menyayangi aku dan memberi dugaannya kepada aku. Aku terima dgn redha.  :)

Okay, entry kali ni mungkin korang tengok macam membosankan. Well, ni pasal bekas crush aku. Aku tak nak mention nama sbb nanti orang ckp aku mengada-ngada. Kesah? Lagipun dia dah ada BF dan BF  dia jauh lebih baik dari aku I guess. *TETIBA*

Kalau dia baca entry ni, Aku mintak maaf bebanyak sbb selama ni aku simpan perasaan terhadap dia tanpa pengetahuan dia. Okay, taknak sedih-2! Well! Cheer up, walaupun dia dah ada org lain tak bermakna aku forever alone. Ramai lg kan bunga di luar sana kan? Tp buat masa sekarang aku nak concentrate to study first. Why?? because I want to be pandailah. *BrokenEnglish*

Buat capital **, saya nak awak tahu yg saya sentiasa doakan awak supaya bahagia bersama dia walaupun awak tak boleh bahagia dgn saya. Ceh ayat! Macam dah nikah 10 tahun tetiba cerai.   -.-

Ekceli, otak aku tak dapat berfungsi dgn betul kerana demam. Mohon paham la yek. Ni entry pendek je kay. Malas nak tulis pepanjang. Layan gambar aku fefeelin kat korea pulak kay. So, Assalamualaikum 

Terjelepok ku tersungkur.  :P


*BuatMukaPelik*  -.-

Saya kanak-kanak. Problem?  -..-

Tengah belajar buat kulit licin lagi gebu dalam photoshop. Well, sedia menerima tempahan percuma. :P



Thanks for reading. Do follow and comment :)

A Day with Kemuduans and Jelawaians

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, bertemu jugak kita di entry keempat pada sesi 2013. Okay, entry harini aku nak cerita serba sedikit lah tentang reunion bersama Kemuduans and Jelawaians. Apa tu? Sejenis beras ke? Aku pun tak tahu tp tu nama kelas kiteorang. Pn Rohaimi lah yg paling rapat dgn budak-2 Kemudu n Jelawai ni. Ekceli, Pn Rohaimi yg bercadang nak buat reunion ni, Sebabnya dia sekarang dah tinggal kat Terengganu jadi macam susahlah nak jumpa. So, kita pun ikut jelah. Amaran! Ini merupakan entry bergambar yg banyak tp cecomel je belaka. Thanks to Makcik Kpop Sejati (MKS) Leeya Miza kerana membekalkan gambar yg serba kekurangan gambar aku. Almaklum aku yg jd Photographer. Bangga sat  >.<

Kalau nak diceritakan semuanya memang panjang giler kot. Btw, kitorang pi makan Pizza. Nasib baik cikgu Rohaimi yg belanja semuanya. Terima kasih cikgu. Sayang cikgu ketat-2. Lepas dah sudah semua makan-2 tu Kitorang pun mencari haluan masing-2. Ada yg pergi karaoke, ada yang pergi Tutti Frutti dan ada yg balik. Jd, korang enjoy gambar pulak lah lepas ni. Malas eden nak naip manjang-2. Nanti lama pulak loading  lalu secara tidak langsung hilang followers. *Cedih*  Nikmatilah~


Gambar ni comel gila. Aku suka giler! *Aku yg Edit*

Memasing taknak tunjuk muka.

Ni Naqib. Kawan baik aku even dia tak anggap aku sebagai kawan dia pun. Hmmm

Jia Pei sgt cantik bila melepaskan rambutnya.

Semangat kan Fan Teng pilih order? Padahal ckgu dah order semua dah. Hahaha


Tengok leeya. Suka sgt boleh pizza free.  :P

Amin. Kawan aku yg sering menggila. Tak kering gusi aku duk ngn dia.

Pasangan kawan baik yg bahagia. :')

Yeeay! Dapat kek free. *Budak Jelawai beli. Kita makan je.*

Tengok Syamir. Tough giler kot. Amerr dah kalah. Aku lagilah.. -.-

Semangat kan diorang pilih order? Aku just melantak je kerjenya. Hahaha

Kasanova tak kau rasa Naqib ni? Td ngn Myra, skang ngan Leyfa.  -.-

Fizi bebajet comel. *AkuJeles*

Mereka tak boleh dipisahkan okay.  :')

Kimi, Kembar si Fizi. Bebajet comel jugak.

Syamir, Kimi, Amerr dan Fizi. Mereka Buddies.  

Benda alah ni aku kongsi ngan Myra. Aku tak makan banyak pun. Ye ke?

Benda ni lah yg kitorang terkejar-2 kan sgt. Boleh tahan kot rasa dia.

Myra mengade wuwuwuw!  :P


Wina pun mengada. -.-


Ini Teh Xue Ning. Dia comel kan?

Aku pun mengada jugak Nampak tak ketidak ikhlasan muka Dayah tu. Nak makan penampo mungkin. -.-

Gambar ni aku yg capture. Cantik kan even ade manusia yg tak tengok kamera.

Amik kau! Tonyoh lg cikgu. Tonyoh! Haha
Yeeay! Dapat ambik gambar ngn Cikgu.  >.<

Suka sgt Leha orang suapkan. Ngeh-3

Nampak akim yg chubby tu? Syue panggil dia 'Gemek'

Cikgu Rohaimi dan suami.  :)


Tengok cara amin pegang pisau -.-

Comel giler kot gambar ni. 

Bunga kembang 3 Kemudu.

Bunga lagi.

Ni pun bunga jugak. Eh!? Naqib bunga er?  :3

Amir dgn Teh. Ecececeh

Chinese Flower of 3 Kemudu.

Hazrie dan amin.

Muka aku yg triple double comel.

Ni gambar reramai kat luar. Kesian aku takde. Aku yg ambik gambo ni .

Dua kawan baik yg tak boleh dipisahkan! Btw, wina dah pindah. Sedih.  :(

Makcik Kpop Sejati! Yeeah!

Cikgu comel!  :)

No Description

Nampak tak kezaliman diorang meninggalkan aku keseorangan di depan? Kesian budak comel ni.  :')

Gambar diorang je yg banyak. Aku cinonet je. -,-


Okay! Done bahagian gambar. Bahagian description tu aku pakai tibai je yg tersemat dalam hati dan fikiran. Kalau diikutkan, semua gambar aku nak edit tp disebabkan faktor kemalasan tahap global. Aku letak je gambar yg tak edit. Lagipun kualiti gambar dah cantik. Guna Nikon Dslr Leeya kan? Hahahaha. So, Assalamualaikum! 

Kepada Myra Syaa, Tengok gambo awak yg bersetimbung ibarat gunung tu. Gambar aku cinonet je. Nak buat video pun tak sampai hati sbb kekurangan gambar aku. Kay, Aku Pasrah~  :'/






Thanks for reading. Do follow and comment :)

My Secret Facts



Assalamualaikum

Setelah minda terdetik, hatiku pun tertarik untuk menaip sebuah entry yang menarik. Cewaah! Karangan A+ SPM pun kalah dengan ayat cenggini. Seperti yang korang semua tahu, aku bab pendahuluan entry ni sememangnya fail. Disebabkan tidak menarik, korang dah awal-2 tekan button pangkah tu kan? Sadlife.  T.T

Kekadang teringin jugak nak buat post pasal travelog pi jenjalan. Tp, nak pergi kemananya pun? Aku tidaklah sehebat Fatin Liyana nak pergi round the world. Kalau dapat pergi UK *Ulu Klang* pun dah cukup baik. Sebelum aku mengarut sesuatu yang mengarut lagi, baik aku mulakan post yang bertajuk di atas.

Amirul Zikri's Facts
  • Dia seorang yang peramah a.k.a tak tahu malu. Tapi kekadang selalu malu. 
  • Dia pergi sekolah naik bas. Kekadang hampir kena tinggal. Awal pagi dah buat peluh.
  • Tahun ni dia turun satu kelas. Kes Mtk PMR dia C' je pun. 
  • Kalau duk kat umah, dia suka ngadap laptop. No more Tibi aka TV.  -..-
  • Suka buat HW malam lepastu tak siap cause mengantuk.
  • Dah letak jawatan sebagai ketua kelas tp Cikgu still nak dia. "Saya bagus sgt ke?"
  • Memohon untuk menjadi pengawas perpustakaan.
  • Dah jatuh cinta dgn Biologi, Kimia, Fizik dan Addmaths. Sayang diorang ketat-2.  :*
  • Dulu ada crush tp dah dikebas orang. Cisss betul
  • Dia suka budak-2 yang comel. Yang tak comel, dia peranak tirikan belaka. Kay tipu. 
  • Blog dia warna biru. Kalau korang tak buta warna, korang boleh nampak sekarang.
  • Benda paling benci ialah jerawat. 
  • Selalu berfikiran jauh. Bagus kan budak ni? 
  • Berangan nak hias bilik macam hotel 5 bintang tp selalu bersepah dek anak sedara.
  • Dia takboleh sebut 'S' dgn betul. Maklumlah, dia lidah pendek.
  • Perasan suara sedap mengalahkan Ziana zain.
  • Teringin nak belajar kat Paris tp angan-2 mat jenin je semua.
  • Seorang yang rajin belajar even malas nak sentuh buku teks.
  • Kalau pergi perpustakaan bukan untuk cari buku, tapi bercakap je. Cerita itu ini.
  • Ada banyak kawan baik. Malas nak tulis nama sensorang. Terlalu banyak.  
  • Seorang yang ingin kurus tapi malas nak bersenam. 
  • Kalau kat sekolah, selalu naik turun tangga tapi tak kurus-2. Menci tangga ketat-2. 
  • Dia dapat rasa readers blogger dia comel. Bukan bodekan semata mata.
  • Mengharap agar Najwa Latif follow dia kat Twitter.
  • Nak Majlis kahwin grand ala-2 kak Maria Elena. Gatal kay gatal.  -.-
  • Dia rasa terlalu banyak dah dia taip. So, dia cakap nak berhenti.
  • Kalau suka tekan button like dan komen kat cbox. Kay Bye!!
  • Assalamualaikum 

Semoga pembelajaran semakin hari semakin baik. Btw, short stories form tersangatlah susah. nak baca kena ada kamus kat sebelah. Novel Renyah pun membosankan tp terpaksa jugak buat sinopsis 24 bab novel ni. Hantar sebelum tahun baru cina pulak tu. Sadis~   T.T



Thanks for reading. Do follow and comment :)