Bidan Terjun



Assalamualaikum

Di petang yang indah ini aku ingin bercerita sesuatu dgn readers sekalian. Hambooih! Ayat mcm budak darjah satu buat karangan SPM. Ok, kita bercerita secara santai ok? Since aku tengok pageviews aku semakin menurun, aku terpaksa untuk memaksa jari-jariku menari di atas keyboard ni. Walaupun idea membeku dek hujan yg turun tanpa henti. Ok, satu perenggan aku membobek tak tentu hala. Hmmm

Bermula dgn soalan pertama. Korang pandai memasak? Khas ditujukan kepada cik akak yg belum bersuami. Kalau stkat masak air cucu aku pun pandai. Eh?! Okok, Aku yg sibuk hal org ni, aku pandai ke masak? Ekceli aku pandai masak fast food je. Mohon jgn bash aku. Hahah, fast food semua pandai an? Tp aku ada daya kreativiti tahu? Cara aku hidangkan makanan tu ala-2 chef 10 Bintang. Aku tak hambik ekonomi rumah tangga hokay! Tu khas untuk pompuan ayu mcm readers blog ni je. Ye awak yg tgh baca ni. Sweet tak? Auuw  Haha  :3

Tujuan aku buat entry ni hanyalah semata-mata untuk menunjukkan betapa kreatifnya aku menghias makanan. Tengok entry cik Leeya mcm nak bersaing pulak. Haha, maaf Leeya, masakan aku lebih sedap.  So, jom kita tengok apa yg aku dah masak. 



Masakan pertama : Sardine tortilla.

Haa! Sedap kan? Mohon lap air liur anda semua. Hehe. Tajuk tu aku main hentam je. Apa? nak resepi? *Kesian, cakap sorang-2*  Nah amik salin.  :3

Sardines Tortilla
Bahan-bahan:
  • Sebungkus tortilla wrap
  • Semangkuk sardin yg dah dihancurkan.
  • Timun dan salad
  • Mayonis
  • Pemanggang
Cara-cara:
  • Hambik sekeping tortilla wrap.
  • Letak bahan-bahan seperti sardin, timun dan salad.
  • Kalau ada cheese lg okay.
  • Lepastu picit mayonis kuat-kuat.
  • Lepastu korang balut dan gulung cantik dan kemas.
  • Lepastu korang bakarlah. Jgn sampai hangit pulak.
  • Dah siap. Boleh dihidangkan. :)
Ada ciri-2 chef tak? Hahah! Itu resepi sendiri okay?  Hehe



Yg ni, Korang just campak je mana-2 bahan dgn aiskrim tu. Sedap jugak okay. 



So, sekian ini sahaja untuk entry kali ni. Semoga berjumpa lg di lain hari. Jgn lupa, ada berapa hari je nak sekolah. Selamat bersekolah okay! Bye bye!  :)


Hahahaha, entry kali ni takde kena mengena kan dgn tajuk Bidan Terjun tu. Sama jugak dgn gambar yg mula-2 tu. Takda motif org cakap. Hahah, Hope korang enjoy blog ni dan jgn lupa klik button like tu hokay? Lenkali Chef Zik akan share resepi lain pulak hokay?




Thanks for reading. Do follow and comment :)